SHAH ALAM, 15 SEP: Kerajaan Negeri menyambut baik penangguhan sesi persekolahan yang diumumkan Kementerian Pendidikan susulan peningkatan bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) menghampiri tahap sangat tidak sihat.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Kerajaan Negeri bersedia memberikan kerjasama selain
mengingatkan ibu bapa supaya membataskan aktiviti luar anak-anak.
“Kita berharap ibu bapa mengurangkan aktiviti luar bersama anak-anak kerana masalah jerebu dibimbangi mengakibatkan masalah kesihatan teruk.

“Saya percaya Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi sedia maklum mengenai perkara itu dan Kerajaan Negeri bersedia membantu,” katanya kepada Selangor Kini.
Sebelum itu, Kementerian Pendidikan mengumumkan sebanyak 2,045 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup hari ini.
Kerajaan Negeri hari ini turut mengagihkan lebih 3,000 topeng muka kepada pelajar dan guru dari 130 buah tadika seluruh negeri yang mengikuti program Simulasi Haji Cilik
Perdana di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-05-17 17:11:53 daripada PPTM_ICT