tw fb
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
WhatsApp_Image_2020-08-05_at_16.13_.50_.jpeg
blue-background-vpi.jpg
blue-mac-apple-flower-background.jpg
Forest.jpg

           selangorSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

41 sekolah kutip 118,000 kg bahan kitar semula


SHAH ALAM, 2 0KT: Bahan kitar semula seberat 118,000 kg berjaya dikumpul dalam program Kitar Semula Peringkat Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2015 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Program kali ke sembilan dengan kerjasama F&N Beverage Marketing Sdn Bhd (F&N) itu melibatkan 41 sekolah sekitar Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata saban tahun pelajar dan guru menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan sekolah mereka mengumpul kutipan tertinggi.



“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya kepada pelajar sebagai didikkan awal terhadap kepentingan alam sekitar sekaligus mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada masyarakat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Program Kempen Kitar Semula MBSA 2015 di Dewan Bankuet MBSA, di sini, semalam.

Selangor Kini difahamkan, berat kutipan bahan kitar semula pada tahun ini meningkat kepada 118,545 kg berbanding tahun lepas 80,277 kg.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Korporat F&N, Cariessa Goh, berkata peningkatan kutipan lebih 47 peratus layak diberi penghargaan kepada pelajar dan guru terlibat terutama kepada Sekolah Menengah Seksyen 11 kerana menjadi juara bagi ketegori kutipan purata.



“Kempen ini sebagai salah satu usaha kita mengurangkan pembuangan sisa pepejal di negara ini, memandangkan rakyat di negara ini membuang bahan buangan hampir 30,000 tan setiap hari.

“Kita juga berhasrat untuk tetap meneruskan program seperti ini bersama MBSA untuk tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Pra Sekolah Sk Subang Bestari 2 berjaya dinobat sebagai juara bagi dua kategori Anugerah Aluminium Tertinggi dan Anugerah Khas Kotak Tetra-Pak Tertinggi.

“Kita akan meneruskan aktiviti ini secara berterus untuk mendidik pelajar menjaga alam persekitaran disamping usaha mendapat pengiktirafan ke peringkat antarabangsa,” kata Guru, Mohammad Sazali Abd Salam, 35.


Sumber :http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-05-17 17:04:05 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING

NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,

40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my

::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini65
Minggu IniMinggu Ini4501
Bulan LepasBulan Lepas29063
Jumlah PelawatJumlah Pelawat1488621
Paparan terbaik menggunakan:
qrcode
IE9 Ke atas/ Firefox 11 ke atas/ Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.
Jumlah Pelawat : 1488621 Tarikh Kemaskini : 17-04-2021