tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

‘Mosquito Magnet’ inisiatif baru perangi denggi

PETALING JAYA, 15 OKT: Adun Bukit Gasing, R Rajiv mengambil inisiatif dengan memasang’ Mosquito Magnet’ atau perangkap nyamuk di Taman Jaya dan Gasing Indah dalam usaha mengurangkan populasi nyamuk.

Rajiv berkata, langkah terbabit membantu mengurangkan penularan nyamuk aedes yang mengakibatkan demam denggi apabila kes itu semakin meningkat saban tahun.


image


“Ini projek perintis di DUN saya. Kita perlu cuba cara baru kerana langkah sebelum ini kurang mencapai matlamat.

“Jadi, saya menambah usaha supaya kita boleh lihat keberkesanannya. Jika selepas ini masih kurang berkesan, maka kita cuba cara lain pula,” katanya.

Rajiv berkat, kos alatan itu adalah RM4,800 seunit dan dua taman rekreasi terbabit dipilih ekoran kedatangan pengunjung yang ramai.

“Kita menerima rungutan daripada pengunjung bahawa nyamuk banyak di sini. Namun, ia akan diletakkan secara bergilir di seluruh taman atau kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini DUN terbabit masih bebas daripada sebarang kawasan ‘hotspot’ penularan denggi, namun pernagkap itu sebagai langkah berjaga-jaga pada masa akan datang.

“Kesan daripada alat ini boleh pergi sejauh satu ekar kecuali jika ada halangan bangunan atau sebagainya,” katanya.


image


Rajiv turut menyarankan inisiatif memasang peralatan itu dilaksanakan Kerajaan Negeri.

“Sebagai permulaan mungkin Kerajaan Negeri boleh memasang 100 unit di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Teknologi ini digunakan di Amerika Syarikat dan terbukti berkesan di beberapa negara lain.

“Gas dalam tong itu akan bertukar menjadi karbon dioksida untuk menarik nyamuk ke perangkapnya. Nyamuk akan terperangkap dalam jaring dan mati sekitar 24 jam, bahkan peralatan sama juga digunakan di Pulau Pinang dan Sarawak.



sumber berita : http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-05-17 16:56:13 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini589
Minggu IniMinggu Ini4159
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231200
qrcode
Visitor count : 2231201 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24