tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

SYABAS jamin bekalan air terawat selamat dan berkualiti

SHAH ALAM 24 OKT: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air terawat kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selamat diminum dan berkualiti.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata makluman itu ekoran laporan di media massa yang memetik jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai wabak demam kepialu merebak di Kuala Lumpur yang boleh tersebar melalui air tercemar.

 


image


Amin Lin berkata kualiti air disalurkan SYABAS kepada pengguna mematuhi piawaian dan parameter Program Jaminan Kualiti (QAP) ditetapkan KKM.

“Piawaian itu merangkumi parameter berpandukan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bagi menjamin kualiti air ini sentiasa menepati piawaian ditetapkan, KKM mengambil lebih 1,100 contoh air setiap bulan dari stesen pensampelan air SYABAS di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk dianalisis,” kata Amin Lin dalam kenyataan media.

Beliau berkata sejak 2010 sehingga Jun 2015, kualiti air bekalan SYABAS sentiasa berada di tahap lima tertinggi di kalangan semua kualiti air bekalan negeri di Semenanjung Malaysia.

Katanya, kualiti air SYABAS mematuhi QAP bagi Prestasi Standard Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQSP).

“Kedudukan ini dinilai berdasarkan parameter kritikal bacaan E.coli, E.coli dan baki klorin bebas, kekeruhan, klorin dan aluminum mengikut analisa KKM,” katanya.

Beliau berkata, SYABAS menerusi Bahagian Kualiti Air, turut melakukan ujian pensampelan air dalaman berterusan melalui makmal bebas bertauliah bagi memantau dan memastikan hanya bekalan air berkualiti sahaja disalurkan kepada pengguna.

SYABAS juga ingin menyarankan orang ramai yang menghadapi masalah kualiti bekalan air agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 untuk tindakan segera SYABAS.


Sumber : http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:56:30 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini518
Minggu IniMinggu Ini1596
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245438
qrcode
Visitor count : 2245439 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24