tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Perangsang Fun Ride promosi Shah Alam bandar selamat


SHAH ALAM, 15 NOV: Seramai 400 peminat sukan berbasikal menyertai acara ‘Perangsang Fun Ride’ mengelilingi bandaraya Shah Alam sejauh 29 kilometer (KM).

Acara berbasikal anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Perangsang Selangor (KELAB) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat disamping menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk setempat.

 Presiden KELAB, Mohd Fauzi Mohd Ghazali, berkata acara julung kali itu juga bertujuan mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya indah, selesa, selamat dan sesuai untuk beriadah.

“Selain Fun Ride, kami turut mengadakan sesi klinik berbasikal membabitkan program kesedaran dan informasi dikendalikan oleh bekas jaguh lumba basikal negara iaitu Mahazir Hamad dan Hadi Putra Ismail.

“Kayuhan bermula dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam dengan perjalanan merentasi pusat bandaraya, kawasan perindustrian Seksyen 15, Seksyen 20, Seksyen 15 dan Seksyen 17,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata program kayuhan berbasikal itu akan dijadikan program tahunan kumpulan Perangsang.

 


image


Upacara pelepasan kayuhan itu dilakukan Mohd Fauzi dan turut disertai penerima anugerah olahragawan kebangsaan dan pemegang pingat emas Sukan Sea di Brunei pada 1999, Shahrul Neeza.

Cabutan bertuah turut disediakan sebanyak 73 hadiah antaranya basikal ‘Ghost’, TV LED 40′, telefon bimbit dan barangan elektrik.


http://bm.selangorku.com/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:49:51 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini22
Minggu IniMinggu Ini5087
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243183
qrcode
Visitor count : 2243184 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24