Beliau berkata, kadar penembusan jalur lebar dan akses internet meluas mendorong gejala tidak sihat seperti pembulian siber, gangguan seksual dan pornografi.

“Sesungguhnya ibu bapa atau penjaga mempunyai tanggungjawab memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara tidak kira di rumah atau di tempat awam,” katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Selangor 2015 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam.
Seramai 800 kanak-kanak dari seluruh negeri hadir bagi memeriahkan sambutan bertemakan ‘Kid Safety: Aware And Alert’ itu.
Daroyah berkata, kanak-kanak adalah amanah yang perlu dipelihara sempurna penuh kasih sayang.
Katanya, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab mendidik dan memberi perhatian serius khususnya dalam soal keselamatan, perlindungan dan masa hadapan kanak-kanak.
“Pemilihan tema sambutan tahun ini berkaitan dengan keselamatan akan dapat memberi kesedaran kepada kita semua berkenaan peranan memelihara hak dan keperluan kanak-kanak,” katanya.
Terdahulu, Daroyah menyempurnakan Majlis Penyertaan Terbesar Kanak-kanak di Taska dalam latihan kebakaran dan pertolongan cemas di Taska Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Program julung kali itu membabitkan 52 buah taska berdaftar di Selangor dengan kerjasama pelbagai pihak dan mendapat pengiktirafan Malaysia’s Book of Record (MBR).
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-05-17 16:49:23 daripada PPTM_ICT