tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

TNB tolong keluarkan jambatan kabel, SYABAS nak baik pulih paip


  SHAH ALAM, 10 DIS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengambil tindakan segera mengeluarkan jambatan kabelnya yang runtuh di Sungai Kayu Ara berhampiran
  Taman Mayang Emas, Petaling Jaya.


  Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata kelewatan TNB menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat membaik pulih paipnya yang retak dihempap
  jambatan itu.


  Katanya, paip SYABAS itu kelihatan kritikal dan dikhuatiri memberi kesan kepada keselamatan penduduk, apalagi dengan musim tengkujuh ketika ini.

 


image


  “Ini bukanlah perkara yang harus dipandang ringan. Janganlah kita menunggu sehingga sesuatu buruk berlaku atau ada nyawa yang terkorban baru hendak bertindak.

  “Bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’,” katanya dalam kenyataan.

  Pada 8 Disember lalu, Bee Yin melawat ke kawasan berkenaan hasil aduan penduduk dengan disertai Timbalan Ketua Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Petaling,
  Jamaludin Sharif.


  Hadir sama Ketua SYABAS Daerah Petaling Jaya, Khor Tze Tong dan Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Amin Lin Abdullah.

  Beliau berkata, seorang penduduk mendakwa halaman belakang rumahnya di tebing sungai terhakis 10 kaki.

 


image


  “Tanah yang ada disekeliling kawasan itu juga pun agak lembut kini dan tidak berapa stabil lagi berbanding dahulu.

  “Dengan keadaan hujan lebat sekarang, air deras mengalir dari hulu sungai kerap kali membawa bersama sampah sarap yang banyak hingga menyebabkan sampah sarap ini
   tersangkut di jambatan kabel TNB itu,” katanya.




  http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-05-17 16:48:12 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini42
Minggu IniMinggu Ini3128
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246772
qrcode
Visitor count : 2246773 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24