tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

LZS perluas agihan selesai isu pendidikan, kesihatan


  SHAH ALAM, 7 DIS: Selain membasmi kemiskinan melalui modal insan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertanggungjawab memperluaskan agihan untuk menyelesaikan isu
  kritikal khususnya pendidikan dan kesihatan.


  Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata setakat ini LZS melantik 120 panel doktor untuk melihat keperluan rawatan dialisis di Selangor dengan kos lebih RM5 juta.

 

  
image
 

  “Dalam bidang kesihatan, keperluan kepada pusat dialisis di setiap daerah dan bandar kecil adalah mendesak.

  “Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menghadapi tekanan kewangan untuk menghantar mereka ke pusat terapi.

  “Pusat terapi sedia ada memerlukan suntikan kewangan untuk menambah peralatan dan pakar terapi yang termasuk dalam memenuhi maksud Maqasid al-Syar’iah,” katanya.

   Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini.

   Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, meskipun taraf pendidikan di Malaysia baik berbanding negara Islam lain, namun kadar pengangguran tinggi membuktikan ia memerlukan
   reformasi menyeluruh.


   Katanya, ia bagi memastikan graduan berupaya mencipta pekerjaan dan tidak hanya bergantung kepada sikap lama yang semata-mata mencari pekerjaan.

  “Latihan kemahiran dan keusahawanan perlu menjadi fokus kita untuk mengupayakan umat Islam dalam persaingan semakin mencabar dan perlu dirombak menyeluruh
   untuk kesejahteraan ummah,” katanya.




   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor

 


Kemaskini pada 2016-11-12 09:53:28 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini546
Minggu IniMinggu Ini3632
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247199
qrcode
Visitor count : 2247200 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24