tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pengharaman guna kertas bercetak bungkus makanan dikaji


  SHAH ALAM, 8 DIS: Pengharaman penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan di negeri ini dikaji Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

  Datuk Bandarnya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata pihaknya mengkaji perkara itu terlebih dahulu sebelum dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri.

 

 
image
 

   Katanya, MBSA perlu menunggu sebarang arahan dari Kerajaan Negeri untuk sebarang keputusan.

  “Untuk perkara ini memerlukan banyak kajian. Contohnya isu penggunaan polisterin, masih diperingkat kajian. Ia perlu dilakukan secara berperingkat.

  “Kena fikir banyak kerana ia membabitkan kilang dan sebagainya. Walaupun jika arahan dari Kerajaan Persekutuan tetapi kita perlu menunggu arahan Kerajaan Negeri,” katanya
   kepada pemberita.


   Beliau berkata demikian selepas keputusan Perlis untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak sebagai
   pembungkus
makanan berkuatkuasa 1 Januari, 2016.

   Berdasarkan kajian toksikologi, kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.

   Mana-mana pengendali makanan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan 36 (Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009).
 
   Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda
   maksimum RM10,000
atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.



   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:40:34 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini76
Minggu IniMinggu Ini3162
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246793
qrcode
Visitor count : 2246794 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24