tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

YAWAS galak individu, swasta, GLC bantu ahli TAWAS


   SHAH ALAM, 21 DIS: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mahu bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu
   anak-anak Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menghidap penyakit kronik.

   Besarnya, Mohd Noor Mohd Zain, berkata kerjasama itu penting bagi membantu meringankan beban keluarga membiayai kos perubatan.

 


image


   “Kita akan berbincang dengan LZS untuk kerjasama ini. Kita mahu kanak-kanak ini menerima bantuan secara berterusan.

   “Setakat ini, kita hanya berikan bantuan daripada sumbangan yang diterima dari individu dan syarikat yang menderma untuk pembangunan ahli
    TAWAS,” katanya kepada SelangorKini.

   Selain itu, Mohd Noor juga mahu Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menjadi penderma kepada pembangunan itu secara berterusan.

   Beliau turut mencadangkan kakitangan GLC membuat potongan gaji sekurang-kurangnya RM10 untuk didermakan dalam Tabung Generasi YAWAS
   (TERAS).

   “Kita juga mahu bekerjasama dengan Dewan Undangan Negeri mengenal pasti penderma untuk disalurkan dalam tabung ini.

   “Kita akan mengeluarkan risalah berkaitan tabung ini tahun depan supaya individu mahupun syarikat yakin dengan pihak kita dalam menguruskan
    tabung bantuan ini,” katanya.

 

 


image
 

   TERAS yang dilancarkan tahun lalu membolehkan penderma Skim TERAS berpeluang menikmati rebat cukai pendapatan daripada Lembaga hasil
   Dalam Negeri (LHDN).

   Rebat layak tuntut yang dibenarkan LHDN adalah 7 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu, manakala 10 peratus daripada pendapatan
   agregat bagi syarikat.

   Selangor Kini difahamkan, Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid merupakan individu pertama yang mendermakan RM15,074.85 iaitu sebahagian
   gaji bulanannya ke dalam skim terbabit.
 
   Menerusi TERAS, sumbangan kewangan daripada penderma akan digunakan untuk pembangunan pendidikan, modal insan dan kebajikan ahli-ahli
   Tawas.


   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:40:11 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini509
Minggu IniMinggu Ini1587
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245430
qrcode
Visitor count : 2245431 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24