SHAH ALAM, 27 DIS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor menganjurkan Mini Karnival Herba bagi mengetengahkan produk herba dan semula
untuk penjagaan kesihatan.
Menurut laman facebook PWB Selangor, karnival itu diadakan dengan kerjasama DUN Sungai Panjang di Balai JKKK PArit 13, Sungai Panjang pada
24 Disember lalu.

Ia adalah salah satu inisiatif PWB menggalakkan orang ramai khususnya wanita menggunakan produk herba dan semula jadi sebagai salah satu
produk penjagaan kesihatan.
Turut diadakan pameran kesihatan dan penjualan pokok ulam yang boleh dijadikan seagai bahan ubat ubatan.
Selain itu terdapat juga aktiviti seperti pertandingan masakan berasaskan herba dan demonstrasi membuat jamu Gepyok bagi menarik lagi
golongan wanita.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-05-17 16:39:14 daripada PPTM_ICT