BANTING, 7 JAN: Lokasi pembuangan sampah haram di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) terus meningkat kepada 54 kawasan sehingga kini, kata Yang Dipertuanya,
Mohd Azhar Mohamed Ali.
Katanya, ia susulan penemuan lokasi sampah haram baharu di kawasan Telok Panglima Garang dan Bandar Mahkota sekaligus menunjukkan sifat kurang peka masyarakat
terhadap kebersihan.
“Pemeriksaan mendapati ia membabitkan sampah penjaja air kelapa, domestik rumah dan lain-lain, malah dalam operasi Oktober lalu, MDKL berjaya menahan dan menyita
sebuah lori atas kesalahan membuang sampah haram di Jalan SP 2 Bandar Saujana Putra,” katanya.

Mohd Azhar berkata, sehingga kini sebanyak 47 operasi sampah haram dijalankan membabitkan 51 hotspot dengan 18 kompaun dikeluarkan kepada pesalah.
Beliau berkata, sebarang tangkapan dan penahanan dibuat atas kesalahan membuang sampah di tempat tidak dibenarkan pihak Majlis di bawah Undang-undang Kecil (UUK)
pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah MDKL 2007.
“Pesalah yang gagal menjelaskan kompauan akan berdepan pendakwaan kes di mahkamah ekoran ingkar perintah dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksima
RM2,000,” katanya.
Pada masa sama, katanya, MDKL akan terus giat menjalankan operasi untuk menangkap dan mendakwa mereka yang didapati membuang sampah haram supaya masalah itu
dapat diselesaikan.
Katanya, kerjasama erat daripada agensi kerajaan yang menggerakkan pasukan bagi mengurangkan lokasi hotspot sampah haram juga amat dialu-alukan.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:34:11 daripada PPTM_ICT