SHAH ALAM 5 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) sudah menyantuni keluarga ibu tunggal 14 anak Azizah Ashaari, 52, sejak 2009.
Sebelum ini tersiar di Astro Awani pada 3 Januari lalu yang memaparkan keperitan keluarga itu dalam membuat persiapan persekolahan.

Menurut laporan berita itu Azizah terpaksa meneruskan kelangsungan hidup untuk menyekolahkan anaknya dengan hanya menerima bantuan kewangan bulanan
RM350 dari LZS.
LZS dalam satu kenyataan di laman facebooknya menyatakan selain menerima bantuan kewangan bulanan RM350 seperti disebutkan dalam laporan berita itu, beliau
turut menerima bantuan bulanan makanan asas dan bantuan Hari Raya sebanyak RM850.
“Di samping itu, LZS turut menyalurkan bantuan pendidikan bagi yuran dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anaknya.
“Pada 2016, bantuan pendidikan sebanyak RM1,600 disalurkan kepada lima orang anaknya,” katanya.
Sebagai tambahan juga, LZS akan menyalurkan bantuan tambang van untuk memberi kemudahan kepada anak-anaknya berulang-alik ke sekolah.

Manakala bantuan kewangan bulanan keluarga ini dinaikkan kepada RM500 berdasarkan kepada jumlah semasa tanggungan Azizah.
“Semoga bantuan disalurkan eringankan beban keluarga ini. Diharap pihak berkaitan dapat merujuk kepada LZS terlebih dahulu untuk kesahihan sesuatu maklumat,"
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:34:45 daripada PPTM_ICT