tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sambutan hebat, ‘Ride For Glory’ jadi acara tahunan

             
               PELABUHAN KLANG, 17 JAN: Acara kayuhan basikal ‘Ride For Glory’ bakal diangkat menjadi program tahunan ekoran sambutan yang
                   menggalakkan dari dalam dan luar negara.


                   Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd,  Mahmud Abbas,  berkata pihaknya menerima maklum balas positif dari pelbagai pihak.

                   “Sebanyak 18 buah negara termasuk menerima penyertaan dari luar negara seperti Indonesia,Singapura,Great Britain Amerika Syarikat,China
                    dan Sepanyol.


                                                                           image

                   “Tiga bulan lalu kita membawa promosi ke luar negara dan ia sangat berhasil,” katanya kepada SelangorKini.


                    Beliau berkata dengan adanya program itu secara tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk setempat mahupun kawasan sekitar.

                   “Penduduk di kawasan Pulau Indah dapat berkongsi keuntungan dengan menyewakan homestay begitu juga dengan hotel di kawasan sekitar.

                   “Begitu juga dengan industri makanan. Kita memanggil mereka untuk menyediakan makanan dan minuman,” katanya.

                    Mahmud berkata pihaknya juga sedang mencari bakat baru terutama dari penduduk Pulau Indah untuk diketengahkan melalui program itu.

                    Katanya, pihaknya menawarkan tajaan latihan untuk mereka dapat mewakili Malaysia atau di peringkat antarabangsa.
                                                                                                                              
                  “ Walaupun laluan agak mencabar ekoran kemudahan jalan yang agak tidak baik dan suasana persekitaran dengan kenderaan berat namun ia
                    tidak menghalang untuk peserta menamatkan pertandingan.


                  “ Bagi saya ia satu cabaran untuk mereka. Sebelum memulakan mereka perlu persiapkan diri dengan pelbagai aspek,” katanya.

                    Beliau menyifatkan acara itu sebagai strategi pemasaran untuk penduduk dalam negara mahupun peserta luar negara mengenali produk Halal Hub.

                    Pertama kali dalam sejarah, acara kayuhan basikal sejauh 180 kilometer (km) berlangsung di Pulau Indah hari ini.

                    Acara itu mendapat penyertaan lebih 800 peserta yang memerlukan peserta melalui Pulau Indah,Banting,Bandar Enstek,Sepang dan kembali semula
                    ke Pulau Indah.



                  http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2016-05-17 16:27:40 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini808
Minggu IniMinggu Ini4378
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231398
qrcode
Visitor count : 2231399 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24