SHAH ALAM, 1 FEB: Rumah Ngaji atau Rumah Maghfirah RedhaMu bakal mengadakan Majlis Pelancaran Dana Pembangunan bagi mengumpul dana untuk
menyiapkan setelah sekian lama terbengkalai.
Rumah Ngaji itu memerlukan dana sebanyak RM150,000 untuk menyiapkansepenuhnya binaan yang berbaki 20 peratus.

Majlis bakal diadakan di Lot 105, Kampung Bendara, Batu Caves bermula jam 7.30 malam hingga 11.00 malam pada 5 Februari ini.
Turut hadir memberikan sokongan merupakan pelakon dan pengarah tanah air terkenal, Datuk Rosyam Nor yang dijadualkan berkongsi cerita dan pengalaman
beliau.
Pada malam itu turut diadakan persembahan Seni Silat Lian Padukan dan Silat Tari Pahang.
Rumah Ngaji atau Rumah Maghfirah adalah institusi pengajian masyarakat setempat mempelajari al-Quran secara percuma.
Rumah dibina sejak 2010 di Kampung Bendahara,Batu Caves itu adalah blok tambahan kepada kediaman sedia ada untuk ruang pengajian al-Quran,pendidikan
kanak-kanak dan dewasa serta kawasan bermalam bagi musafir dan aktiviti usrah.
NGO itu turut memohon jasa baik orang ramai menyumbangkan bantuan bagi pembiayaan kerusi roda kepada dua pelajar yang memerlukan kemudahan itu
bagi memudahkan pergerakannya.
Kos anggaran untuk kerusi roda itu sekitar RM6,000 seunit.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Rumah Maghfirah RedhaMu – CIMB Islamic (86-0241323-8) atau hubungi Ma’ Amor Kamaruddin di talian 019-253 5794.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:27:20 daripada PPTM_ICT