SHAH ALAM, 30 JAN : Beberapa perkara baharu perlu dipelajari pemain Selangor selepas tewas 1-0 kepada Pulau Pinang pada perlawanan pramusim ketiga
2016 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam tadi.
Perkara diakui Jurulatih Selangor,Zainal Abidin Hassan selain berkata,walapun beberapa peluang terbaik pada separuh masa pertama menerusi Abdul Hadi Yahaya, Andik Vermansah dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, namun Selangor kelihatan sedikit tumpul pada babak kedua.Zainal: Usaha mantap ketajaman depan gol
“Bagaimanapun, saya lihat pemain sudah mencuba tetapi memang nampak lebih banyak lagi perlu diperbaiki di bahagian depan terutama dalam aspek ketajaman
di depan pintu gol lawan,” katanya dipetik laman rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)
Gol kemenangan Pulau Pinang dijaringkan bekas penyerang Harimau Muda C, Jafri Firdaus Chew yang menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-83
untuk menewaskan penjaga gol gantian Selangor, Zarif Irfan Hashimuddin.

“Pemain kami tidak menunjukkan permainan sebenar pada perlawanan ini. Ia juga kali pertama kami menyusun sesuatu untuk perlawanan di tempat lawan sambil
belajar beberapa perkara baharu.
“Ini yang perlu dimantapkan lagi terutama untuk menghadapi perlawanan di tempat lawan apabila saingan Liga Super bermula nanti,” jelasnya.
Skuad Selangor akan terus terbang ke Bangkok,Thailand dari Pulau Pinang,hari ini untuk menghadapi dua perlawanan pramusim di sana bertemu Nakhon
Pathom United FC pada Ahad dan Samut Songkhram BTU FC pada Isnin.
“Memandangkan dua perlawanan ini berlangsung selang sehari, saya akan menyediakan dua set pemain dengan mereka yang beraksi 65 minit perlawanan
pertama akan beraksi 25 minit pada perlawanan kedua. Begitu juga sebaliknya.
“Mereka harus bermain dan merasai tahap permainan antarabangsa kerana kami akan beraksi pada Piala AFC musim ini dan saya harap sekembalinya dari
Bangkok, pemain sudah mencapai tahap kecergasan terbaik memulakan saingan sebenar musim 2016 ini,” ujarnya.nanti,” jelasnya.
Skuad Selangor akan terus terbang ke Bangkok,Thailand dari Pulau Pinang,hari ini untuk menghadapi dua perlawanan pramusim di sana bertemu Nakhon
Pathom United FC pada Ahad dan Samut Songkhram BTU FC pada Isnin.
“Memandangkan dua perlawanan ini berlangsung selang sehari, saya akan menyediakan dua set pemain dengan mereka yang beraksi 65 minit perlawanan
pertama akan beraksi 25 minit pada perlawanan kedua. Begitu juga sebaliknya.
“Mereka harus bermain dan merasai tahap permainan antarabangsa kerana kami akan beraksi pada Piala AFC musim ini dan saya harap sekembalinya dari
Bangkok, pemain sudah mencapai tahap kecergasan terbaik memulakan saingan sebenar musim 2016 ini,” ujarnya.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:27:03 daripada PPTM_ICT