tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Mukim Petaling 2 : Kampung Batu 14

 

SEJARAH DAN ASAL USUL

 

 

KAMPUNG BATU 14, PUCHONG

                   Kampung Batu 14, merupakan salah sebuah kampung terawal yang dibuka di kawasan Puchong. Kampung ini telah wujud sejak zaman British iaitu kira-kira dalam tahun 1915 dan dinamakan Kampung Batu 14, Puchong kerana jarak kampung ini dari Kuala Lumpur hanya 14 batu sahaja. KEnbanyakan penduduk asal kampung ini adalah terdiri daripada keturunan dari indonesia yang berhijrah ke kampung ini dari Pulau Sumatera dan Jawa. Pekerjaan mereka adalah menangkap ikan, berkerja di ladang getah Inggeris, lombong Kapal Korek dan bekerja sendiri. Kawasan Puchong ketika itu terkenal dengan kawasan bijih timah dan terdapat beebrapa syarikat lombong bijih British dengan kapal koreknya.

                    Oleh kerana banyak peluang pekerjaan dalam sektor perlombongan dan perladangan, maka ramailah orang berhijrah ke kawasan ini termasuklah kaum cina, india, pakistan dan lain-lain untuk mendapatkan peekrjaan. Kampung Batu 14 ini asalnya hanya didiami oleh orang Melayu dan sebilangan kecil orang cina. Orang India pula kebanyakanya tinggal di rumah kongsi ladang getah British.

                  Ada juga pendapat mengatakan bahawa kamoung Batu 14, Puchong ini telah dibuka lebih 100 tahun dahulu. PAda zaman darurat dalam tahun 1948, semua kaum telah diarahkan tinggal di dalam satu pemempatan yang dipanggil New Village atau Kampung Baru yang nama Kampung Baru ini di pagar berduri sebanyak dua lapis dengan mempunyai satu pintu sahaja unutk masuk dan keluar manakala orang yang keluar masuk di pintu tersebut sentiasa dikawal rapi oleh pasukan keselamatan iaitu oleh Polis Khas. Ini kerana terdapat banyak pangganas komunis di kawasan Puchong dan pihak British terpaksa mengambil langkah ini unutk mengawal penduduk kampung menyokong pertubuhan komunis. Pada masa itum, kmapung ini dikenali sebagai "kawasan atau kmapung hitam" kerana merupakan sasaran uatama pihak komunis menjalankan aktiviti mereka dan menerima bakalan makanan.

               Pada tahun 1961, perlantikan jawatan Ketua Kampung telah diwujudkan di kamoung ini. Ketua Kmapung telah diwujudkan di kampung ini. Ketua Kampung pertama bagi Kampung Batu 14 ialah tuan Haji Hasssan bin Haji Taib. Pentadbiran kampung ini pada masa lalu meliputi kawasan yang agak luas iaitu sehingga ke kamoung Sri Aman dan kamoung -kampung sekitarnya. Walau bagaimanapun, perkembangan yang berlaku kemudianya telah memberikan autoriti kepada kampung-kampung lain untuk mantadbir kampung mereka sendiri.

               Selain daripada wujud banyak perkampungan dan penempatan, sektor perkilangan, industri kecil dan umah-rumah kedai juga telah wujud di kawasan Puchong. kini, kawasan Kampung Batu 14 ini telah dikelilingi oleh rangkaian taman-taman perumahan, blok-blok rumah kedai dan pangsapuri, rumah pangsa dan lain-lain. Perhubungan jalan raya di antara kampung ini dengan Lapnagan Terbang KLIA, Putrajaya Cyberjaya, Shah Alam, subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan kawasan Kampng Batu 14 amnya dan kawasan Puchong khasnya telah menajdi satu tarikan kepada orang ramai untuk menetap di kawasan ini.


Kemaskini pada 2020-06-12 15:47:28 daripada ZULLINA

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini502
Minggu IniMinggu Ini4072
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231123
qrcode
Visitor count : 2231124 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24