SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai 667 mangsa banjir menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Klang yang ditempatkan di Dewan Hambali Masjid As Syariff Pekan Meru.
Menurut Laman Facebook, Pembantu kepada DUN Semanta, Mohd Azmi Mat Sangir, berkata bantuan itu diberikan kepada 222 mangsa daripada Kampung Bukit Kapar, 408 dari Kampung Meru dan 37 dari Kampung Kawasan Kampar.

Beliau yang mewakili Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi bersama Adun Meru, Abd Rani Osman menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang dilanda banjir 14 Disember lalu.
Sementara itu, menurut Mohd Azmi sebanyak tiga masjid menerima bantuan dua set kerusi meja batu daripada Adun Sementa.
Antara masjid yang menerima sumbngan itu adalah Masjid Umariah Lama, Batu 7 Kampung Perepat, Masjid Badariah, Kampung Batu 12 serta Masjid Al-Ehsan Kampung Tok Muda.
Manakala baki lapan masjid yang menerima bantuan yang sama bakal diumumkan kelak.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:22:46 daripada PPTM_ICT