tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Piala Sultan Selangor kembali tahun ini

 


      KLANG, 9 MAC: Pertandingan Piala Sultan Selangor kembali menemui penonton tahun ini selepas tertangguh tahun lalu angkara jerebu.

      Ia perlawanan antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura akan diadakan di Stadium Shah Alam, di sini, pada 7 Mei depan.

      Pengerusinya, Tan Sri Abd Karim Munisar, berkata pertandingan kali ini dijangka berlangsung meriah dengan kehadiran ramai penonton.
   
      “Ramai pihak termasuk peminat menunggu pertandingan ini setelah ia dibatalkan tahun lalu manakala Singapura juga telah dikeluarkan daripada pertandingan bolasepak negara
      termasuk Piala Malaysia.


      “Pertandingan ini juga memberi peluang kepada aksi barisan pemain veteran Selangor dan Singapura yang mendapat sambutan amat baik,” katanya kepada media di selepas majlis
       penyerahan cek sumbangan
pertandingan itu di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

 

 

 

     image

 

 

 


      Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir menerima cek sumbangan berjumlah RM900,000.

      Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

      Daripada jumlah itu, RM500,000 disumbangkan anak syarikat Kerajaan Negeri membabitkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Worldwide Holdings Berhah masing-masing
      menyumbang RM100,000
manakala Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI),
      Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) masing-masing RM50,000.

 

 


image
 


      Sektor swasta yang turut serta menaja ialah Puncak Niaga Holdings Berhad (RM100,000) selain MCT Consortium Berhad, Splash Sdn Bhd, EcoWorld Developmenet Group Bhd, Nirvana
      Memorial Park Sdn Bhd, Ecofirst
Consolidated Berhad dan LBS Bina Group Berhad masing-masing RM50,000.

      Abd Karim yang juga Pengurus pilihan Selangor berkata, ekoran pertandingan tahun lalu ditangguhkan maka tajaan diterima dibawa untuk ke pertandingan pada tahun ini.

      Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri diketuai Menteri Besar yang bekerjasama menghulurkan sumbangan terbesar ke arah menjayakan pertandingan berkenaan.

      “Selangor kini membuat persiapan rapi dan menjalani latihan dikendalikan Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

      “Kita mempunyai rekod pencapaian baik dalam pertandingan ini dan saya jangkakan kedua-dua pasukan akan bersaing hebat nanti,” katanya.

 

 

 

 


image
 


      Pertandingan merebut Piala Sultan Selangor membabitkan pertemuan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura mendapat sambutan membanggakan saban tahun berikutan kedua-dua
      pasukan mempunyai peminat yang
ramai dan popular di Malaysia.

      Sebelum perlawanan utama dijalankan, turut diadakan perlawanan Veteran Selangor dan Veteran Singapura bagi mengimbas kembali kenangan lama peminat bersama mantan pemain.

      Satu sesi bertemu pemain Pilihan Selangor akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam pada 2 April ini.

     
http://bm.selangorku.com/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 15:41:40 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini737
Minggu IniMinggu Ini4307
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231336
qrcode
Visitor count : 2231337 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24