tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Juara hafaz Al-Quran kongsi ilmu

          
                     KLANG, 24 MAC: Lebih 300 pelajar Maahad Tahfiz Integrasi Sains dan Teknologi (MTIST) dari tiga buah sekolah diberi peluang berkongsi ilmu bersama lima juara hafazan peringkat
                     kebangsaan 2016.


                     Majis perkongsian ilmu tersebut diadakan dalam program Sembang Santai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Alam Impian, di sini.

                     Antara tiga buah sekolah yang hadir adalah daripada MTIST Alam Impian Klang, MTIST Istana Bandar dan MTIST Kuala Langat.

 

 


        image
 


                     Panel dibarisi Mohamad Omar Mansu, Johan Kategori menghafaz juzuk 1-30, Syazri Muhammad Husni Mohd Sharoni, Johan Kategori menghafaz juzuk 1-10, Ahmad Adil Luqman Nor
                     ismail.


                     Manakala Johan Hafizah bagi Kategori menghafaz juzuk 1-10, Fakhira Izzah Fahmi dan Naib Johan Kategori menghafaz juzuk 1-30, Ainul Mardhiah Md Pakhrurrazi.

                     Mohamad Omar, 21, berkata beliau tidak menyangka paksaan ayah menghantar beliau ke sekolah tahfiz seawal usia lima tahun membuahkan kejayaan amat membanggakan.

                     “Minat dan keazaman untuk menghafaz al-Quran datang dengan usaha bersungguh.

                     ‘Bimbingan daripada guru dan ibu bapa, saya berjaya hafal 30 juzuk,” katanya sewaktu sessi sembang santai bersama Moderato, Ustaz Halim Hafidz.

                     Sementara itu, Syazri Muhammad, 18, berkata untuk kekal menghafal Al-Quran penjagaan pemakanan dan pergaulan adalah penting dan tidak boleh dipandang ringan.

                     “Saya tidak memakan makanan yang tidak sihat seperti makana segera dan makanan dari gerai luar. Selain itu, penjagaan ikhtilat seperti pandangan dan pergaulan perlu kita titik
                      beratkan supaya tidak mengganggu hafalan kita.


                     “Saya sering mengambil peluang selepas waktu maghrib menunggu waktu isyak untuk menghafaz mana-mana juzuk yang lemah,” katanya.

                     Bagi Fakhira Izzah, 15, mengakui kejayaannya hari ini adalah hasil didikan ibu bapa yang tidak mendedahkannya dengan hiburan melalaikan sejak berusia tujuh tahun.

                     “Bermula sejak abang sulung menghafaz Al-Quran, kami adik beradik dididik ayah tidak terdedak kepada hiburan melalaikan.

                     “Walaupun pada awalnya saya agak memberontak, tetapi sekarang saya faham tujuan ayah dan hasilnya kami adik beradik menjadi Hafiz dan Hafizah,” katanya.

                     Hadir sama, Pembantu EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Razaly Hassan bagi mewakili Ahmad Yunus Hairi yang
                     tidak dapat hadir.

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 15:41:25 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini678
Minggu IniMinggu Ini4667
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248094
qrcode
Visitor count : 2248095 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24