SHAH ALAM, 22 MAC : Bantuan Pendidikan Biasiswa Selangorku yang diberikan kepada 103 penerima rata-ratanya memuji inisiatif diperkenalkan Kerajaan Negeri.
Membuktikan usaha murni itu jelas membantu mahasiswa meneruskan pengajian sebaiknya, Deeneshavathy Thasarathen, 22 memuji pendekatan positif dalam memastikan generasi
muda tidak tercicir menerima bantuan.

“Selama ini, keluarga saya yang bayar yuran pengajian saya dan dengan adanya bantuan ini, ia lebih memudahkan untuk menghabiskan pengajian ijazah saya.
“Lagi pun, saya memang tidak mahu memohon pinjaman lain kerana kadar faedah yang besar. Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang terus membantu generasi muda,"
kata penuntut Ijazah Teknologi Makmal Perubatan UNISEL itu.
Sementara itu penuntut Ijazah Psikolgi Industri, Kumutha Balakrishnan 28, berkata bantuan itu memberi kemudahan baginya meneruskan pengajian lebih baik.
Katanya, biasiswa itu lebih membantu mahasiswa tanpa perlu membuat pinjaman pendidikan lain yang terikat dengan kadar faedah yang tinggi.
“Kalau dulu saya terpaksa pinjam pinjaman pendidikan lain yang tinggi faedahnya untuk tanggung pengajian diploma saya.
“Tapi biasiswa ini lebih membantu pelajar untuk teruskan pengajian tanpa perlu berhutang,” katanya.
Mohamad Daniel Syah Yaakob, 24, pula berkata untuk menggunakan biasiswa bagi kegunaan pendidikan serta menampung peningkatan kos hidup masa kini.
“Saya akan gunakan biasiswa ini sebaik mungkin untuk perbelanjaan pengajian saya sebab sekarang ini pelajar juga tidak terkecuali daripada berdepan masalah peningkatan kos kehidupan
sekarang,” kata penuntut Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media itu.
http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:40:58 daripada PPTM_ICT