SHAH ALAM, 21 MAC : Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berharap penjawat awam tidak gentar dengan sebarang ancaman dan ugutan dalam menjalankan perkhidmatan
sebaiknya.
Sebaliknya Mohamed Azmin berkata penjawat awam perlu mengambil contoh kes Pegawai Daerah Hulu Langat yang tetap komited menjalankan tugas walaupun menerima ugutan
dengan lontaran tiga ‘Molotov Cocktail’ daripada pihak tidak bertanggungjawab, 18 Mac lalu

“Jangan tunduk kepada ugutan dan ancaman sebegini kerana dalam suasana ekonomi hari ini sudah tentulah kadar jenayah meningkat.
“Ugutan dan ancaman juga meningkat kerana mereka (pesalah) tidak membenarkan anggota perkhidmatan awam menjalankan tugas dengan baik.
“Tetapi, saya gembira apabila bertemu dengan mangsa (semalam), beliau memberitahu saya, Dato’ jangan bimbang kerana ugutan ini menguatkan semangat saya untuk bertindak
lebih tegas terhadap mereka yang melakukan kerosakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, pagi ini.

Mohamed Azmin meluangkan masa hampir satu jam menziarahi kediaman mangsa di Bandar Baru Bangi untuk memberikan sokongan moral kepada mangsa yang enggan dikenali itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun menemui tiga ‘molotov cocktail’ dengan dua daripadanya berada di tempat letak kereta manakala satu lagi di laman
rumahnya.
http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:40:46 daripada PPTM_ICT