tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Kemudahan Bas Percuma diperluas, tumpu kawasan luar bandar

 

  SHAH ALAM, 2 MEI 2016 : Perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor diperluas ke seluruh negeri Julai ini dengan memberi tumpuan kepada laluan jajaran di kawasan desa dan luar bandar.

 

  Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkhidmatan itu diteruskan selepas menerima sambutan cukup baik daripada masyarakat terhadap kemudahan tersebut.

 

image

 

 

  “Kita tetapkan Julai tahun ini, ke semua sembilan daerah di Selangor menerima perkhidmatan bas percuma ini.

 

  “Pastinya laluan bas ini juga penting kerana kita tidak mahu perkhidmatan ini tidak dimanfaatkan dengan optimum.

 

  “Justeru jajaran laluan bas ini telah ditentukan yang mana ia melalui kawasan awam seperti kilang, sekolah serta kawasan perumahan kos rendah dan sederhana,” katanya.

 

  Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja di perkarangan Wisma MTUC, di sini, semalam.

 

  Mohamed Azmin berkata, RM10 juta juga diperuntukkan bagi penambahan operasi perkhidmatan bas percuma itu.

 

  Dalam pada itu, beliau turut mengulas kesukaran pihaknya menghalang warga asing daripada menggunakan kemudahan tersebut.

 

  “Memang ada cadangan supaya perlu tunjukkan kad pengenalan terlebih dahulu sebelum guna kemudahan ini.

 

  “Tetapi perkara itu bukan jaminan isu ini dapat diselesaikan kerana ramai juga warga asing sekarang sudah ada kad pengenalan,” katanya.

 

  Perkhidmatan Bas Smart Selangor sudah beroperasi di pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),Majlis     

 

  Perbandaran Klang (MPK),Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

 

  Sumber dari : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2016-07-25 10:11:39 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini816
Minggu IniMinggu Ini2954
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246630
qrcode
Visitor count : 2246631 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24