tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Piala Sultan Selangor: Zainal beraksi dua watak utama

SHAH ALAM 3 MEI 2016: Zainal Abidin Hassan bakal memainkan dua watak penting buat Selangor ketika turun menghadapi cabaran seteru tradisi, Singapura pada Piala Sultan Selangor edisi ke-15 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 7 Mei pada Sabtu ini.

 

Pertamanya, Zainal, 55, turun mewakili skuad Veteran Selangor bagi aksi menentang Veteran Singapura pada pembuka tirai dengan misi merampas semula piala penuh tradisi itu selepas sekadar terikat 1-1 pada edisi terakhir berlangsung dua tahun lalu.

 

image

 

Katanya, sebagai bekas pemain The Red Giants, dirinya terasa begitu dekat dengan Piala Sultan Selangor dengan pertembungan itu turut meletakkan maruah Selangor yang berkongsi sejarah bola sepak yang panjang dengan musuh seberang tambak itu.

 

“Semua pemain Selangor tidak mengira pemain veteran ataupun anak buah saya begitu menanti-nantikan kejohanan ini kerana ia adalah satu-satunya kejohanan membabitkan perlawanan antara dua pasukan bermusuh dari segi sejarah bola sepak.

 

“Tambahan pula beraksi di laman sendiri, kami akan cuba untuk merampas kembali Piala Sultan Selangor dan kemeriahan puluhan ribu penyokong Selangor di stadium keramat itu bakal menjadi pembakar semangat kami dalam merealisasikan impian ini,” katanya dipetik BH Online.

 

Kemudiannya, selepas turun selaku pemain veteran, Zainal terus menukar tugasnya kepada jurulatih dan perlu memfokuskan tumpuannya bagi mengendalikan skuad Selangor menghadapi Pilihan Singapura yang dibarisi gabungan pemain Liga Singapura pada perlawanan utama.

 

Katanya, dia turut memiliki misi peribadi untuk merangkul Piala Sultan Selangor sebagai jurulatih selepas pernah memenangi piala tradisi itu ketika mewakili skuad Veteran Selangor sebelum ini.

 

“Edisi kali ini lebih manis jika saya dapat merangkul kejuaraan sebagai pemain Veteran Selangor dan juga sebagai pengendali pasukan ini,” katanya.

 

Sumber dari : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2016-07-25 10:06:42 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini1
Minggu IniMinggu Ini5654
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243650
qrcode
Visitor count : 2243651 Tarikh Kemaskini : 21 - 04 - 24