tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Gergasi Merah tekad kutip mata penuh di Pulau Pinang

 

SHAH ALAM, 23 JULAI 2016 : Selangor turun meneruskan saingan Liga Super menentang Pulau Pinang malam ini di Stadium Bandaraya dengan misi

mengutip mata penuh bagi mengejar kelompok dua pasukan teratas.

 

Jurulatih The Red Giants, Zainal Abidin Hassan, berkata beliau harapan tinggi diletakkan dalam perlawanan ini selain mengharapkan pemainnya cergas

selepas mengharungi perlawanan sengit dalam aksi TM Piala Malaysia tempoh hari.

 

image

 

“Kita kena lebih berhati-hati bermain di tempat lawan dan juga kecergasan pasukan lawan yang tidak beraksi di Piala Malaysia.

 

“Selepas jadual yang padat saya perlu pemain yang betul-betul cergas dan bebas kecederaan untuk perlawanan hari ini.

 

“Paling penting juga jangan memandang rendah pasukan yang berada di bawah,” katanya kepada SelangorKini.

 

Beliau berkata setakat ini hanya pemain import Andik Vermansyah yang tidak dapat diturunkan manakala dua pemain yang cedera ketika menentang

Kelantan, R Gopinathan dan Ugochukwu Ukah dilihat bersedia untuk beraksi selepas pemantauan dalam sesi latihan semalam.

 

Menurut Zainal Abidin, beliau mungkin menurunkan Mohd Khairulazhan sebagai penjaga gol malam ini dan merehatkan Norazlan Razali.

 

“Selepas dua perlawanan, Norazlan mempamerkan kecemerlangan cuma perlawanan lepas ada kesilapan.

 

“Kemungkinan besar Yan (Khairulazhan) akan diberi peluang (beraksi) untuk merehatkan Norazlan yang beraksi tiga perlawanan terus.

 

“Mereka berdua mempunyai kelebihan masing-masing untuk posisi penjaga gol,” katanya.

 

Selangor setakat ini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 25 mata, 11 mata ketinggalan di belakang pendahulu, Johor Darul Takzim (JDT) dan

Felda United (31).

 

Sumber dari : selangorkini.my


Kemaskini pada 2016-09-09 10:28:24 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini231
Minggu IniMinggu Ini5296
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243348
qrcode
Visitor count : 2243349 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24