tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Gangguan bekalan air pulih berperingkat hari ini

 

image


 

SHAH ALAM 25 SEPT: Bekalan air kepada 337,000 akaun pengguna di empat daerah terjejas iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang dijangka pulih

secara berperingkat mulai hari  ini.

 

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata proses pemulihan bekalan air ini mengambil masa kerana membabitkan

penyaluran dan agihan bekalan ke kawasan yang luas dan jumlah pengguna yang ramai.

 

“Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah mula beroperasi sejak jam 2.30 petang semalam selepas kerja membersihkan pencemaran dilakukan.
 
 

“Jadi, sebahagian kawasan sudah menerima bekalan air, manakala sebahagian lagi mungkin belum terima.

 

“Kami berharap pengguna bersabar kerana kami sedang giat melaksanakan proses meningkatkan paras air kolam terbabit bagi mempercepatkan pemulihan bekalan

kepada pengguna,” katanya dipetik BH Online.    

 

Amin berkata, pengguna yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian bebas tol 1-800 88-5252 atau menggunakan aplikasi telefon bimbit pintar

‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my dengan menghantar maklumat mengenai kawasan terbabit.

 

 Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca pencemaran sungai di sepanjang sungai, dan

 kawasan yang  disyaki adalah kawasan Hitech Semenyih.

 

“Siasatan bukan hanya dilakukan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), tetapi turut membabitkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam

 Sekitar (JAS),” katanya.

 

Kawasan yang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ketika ini adalah daerah Hulu Langat meliputi Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih

dan Rinching; daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

 

 Sementara daerah Petaling termasuk mereka yang tinggal di USJ 1- 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang manakala daerah Sepang meliputi Putrajaya,

 Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

 

 Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2016-09-26 09:39:19 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini421
Minggu IniMinggu Ini3991
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231051
qrcode
Visitor count : 2231052 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24