tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

40 pelajar Rumah Amal Asnaf Al-Barakh ikuti klinik badminton

 

dsc_7092


 

SHAH ALAM, 26 OKT: Seramai 40 pelajar daripada Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Ampang mengikuti klinik badminton dikendalikan bekas pemain perseorangan, Jason Wong.

 

Program itu anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) di bawah program ‘Sukan Untuk Semua’ Rangsangan Sukan Selangor (RSS).

 

Program yang diadakan di Dewan Komuniti Bandar Utama itu merupakan siri ke-2 program ‘Sukan Untuk Semua’ bakal diperluaskan ke seluruh negeri bermula Oktober 2016 sehingga Februari 2017. Pengarah Program, Jason Wong berkata, program terbabit bertujuan memberi pendedahan, menanamkan minat serta membuka peluang kepada semua golongan masyarakat seperti anak yatim, golongan kurang kemampuan dan orang kelainan upaya untuk menceburi sukan badminton.

 

Katanya, pihaknya menyasarkan pembabitan seramai 720 peserta termasuk orang awam sepanjang program itu berlangsung.

 

“Klinik pertama diadakan pada 6 Oktober yang lalu bersama 42 pelajar sekolah dari Kampung Orang Asli Sungai Melut dan Bukit Tampoi, Sepang dan program seterusnya akan diadakan bersama pelajar-pelajar autisme.

 

“Kemuncaknya adalah acara bertemu peminat bersama personaliti badminton negara diikuti karnival badminton dimana pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, taklimat oleh pemain badminton profesional, sesi autograf dan bergambar, cabutan bertuah serta perlawanan pertunjukkan bakal diadakan,” katanya dalam kenyataan.

 

Salah seorang peserta, Ayu Anisha, 8, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Setapak Indah yang kali pertama menyertai klinik badminton berkata teruja kerana diberi peluang menjejakkan kaki ke gelanggang dan mengikuti latihan bersama jurulatih profesional.

 

“Saya amat meminati sukan badminton dan sering menonton Dato’ Wira Lee Chong Wei beraksi di kaca televisyen.

 

“Selain mempelajari teknik memukul bulu tangkis, kami juga telah diajar kemahiran asas seperti pergerakan kaki di dalam sukan badminton,” katanya.

 

Program ‘Sukan Untuk Semua’ bermula sejak 2014 dengan melibatkan seramai 3,432 peserta di dalam enam jenis sukan iaitu boling (258), renang (1,360), badminton (411), berbasikal (720), bola sepak (457) dan skuasy (226) menerusi 38 program yang dilaksanakan di seluruh daerah Selangor.

 

Ia merupakan sebahagian daripada program Rangsangan Sukan Selangor (RSS) di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor.

 

Ia melibatkan lapan jenis sukan iaitu badminton, boling, renang, berbasikal, bola sepak, skuasy, sepak takraw dan memanah yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1.1 juta.

 

Matlamat utama program adalah untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan pelajar dan golongan belia serta menggalakkan gaya hidup sihat.

 

Selain itu, ia juga bertujuan menanamkan minat dan memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat di Selangor untuk mempelajari ilmu sukan.


Kemaskini pada 2016-10-28 11:09:25 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini39
Minggu IniMinggu Ini3609
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2230738
qrcode
Visitor count : 2230739 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24