tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pengguna mengeluh kenderaan berat halang pandangan

 

 

image


 

SHAH ALAM, 16 FEB: Pengguna jalan raya mempersoalkan tindakan pemandu kenderaan berat meletakkan kenderaan di bahu jalan yang menghalang pendangan sisi khususnya di persimpangan jalan.

 

Pemandu bas awam, Husnizat Husin, 44, berkata kenderaan berat yang sering diletakkan sesuka hati di bahu jalan mengganggu laluan kenderan lain.

 

“Seperti bas persiaran yang hampir sebulan diparkir berhampiran hentian bas mengganggu pergerakan keluar masuk bas awam lain selepas menurun dan mengambil penumpang.

 

“Bukan itu sahaja, tindakan mereka itu mengganggu pandangan kita untuk melihat kenderaan lain di hadapan,” katanya kepada Selangor Kini ketika Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat di Seksyen 3, Shah Alam, semalam.

 

Pemandu teksi, Hassan Jamaluddin, 67 berkata tindakan mereka bukan sahaja menyakitkan mata tetapi turut membahayakan keselamatan orang ramai terutama pengguna jalan raya dan penghuni kawasan perumahan itu sendiri.

 

image

 

Apabila mahu keluar simpang, kita tidak nampak kereta datang dari belakang kerana lori mahupun bas yang parkir di bahu jalan sering menghalang pandangan.

 

“Tindakan itu membahayakan kenderan bermotor kecil seperti kami. Kadangkala kami terpaksa keluar lebih simpang untuk melihat kenderaan yang datang dari arah kanan, namun keadaan itu membahayakan,” katanya.

 

Sementara itu, pelajar UiTM, Aina Syahirah Romli berkata, kenderaan berat itu perlu mencari parkir lebih luas dan tidak menggangu orang ramai.

 

“Saya sering melihat kenderaan berat ini parkir di tepi jalan berdekatan UiTM, jadi ia agak membahayakan pelajar yang menaiki motosikal dan kereta bersaiz kecil.

 

“Bukan itu sahaja, kenderaan berat ini juga menjadi salah satu punca kerosakan jalan raya di sekitar bandar raya,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-02-17 07:53:29 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini169
Minggu IniMinggu Ini2307
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246050
qrcode
Visitor count : 2246051 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24