tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

TH, Bank Islam bayar zakat perniagaan RM16.4 juta di Selangor

image


 

SHAH ALAM, 10 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima bayaran zakat perniagaan RM16.4 juta dari Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad.

 

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat itu dalam upacara di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

 

TH diwakili Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani menyerahkan cek zakat untuk Selangor berjumlah RM15.1 juta.

 

image

 

Manakala, Bank Islam yang diwakili Pengarah Urusan, Dato’ Seri Zukri Samat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.25 juta.

 

 

Pembayaran kedua-dua zakat perniagaan itu adalah bagi tahun kewangan 2016.

 

 

Sementara itu, Adi Azuan berkata, pembayaran zakat itu mencatatkan peningkatan 2.65 peratus berbanding RM14.7 juta, pada tahun 2015.

 

 

“TH memastikan pembayaran Zakat kepada Pusat Pungutan Zakat di seluruh negara dilaksanakan seawal mungkin supaya wang itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 

 

“Saya menyarankan syarikat korporat dan persendirian yang lain membuat pembayaran zakat kepada Pusat Pungutan Zakat supaya mereka dapat melaksanakan program secara

lebih terancang dan berimpak tinggi kepada golongan asnaf,” katanya.

 

 

Beliau memaklumkan jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH 2016 terus mencatatkan peningkatan 1.69 peratus iaitu RM60.3 juta berbanding tahun sebelumnya RM59.3 juta.

 

 

“Dengan kenaikan ini, TH akan meningkatkan lagi program pengagihan zakat secara terus kepada asnaf di seluruh negara melalui program Iqra’,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my

 


Kemaskini pada 2017-03-16 11:20:15 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini1013
Minggu IniMinggu Ini2091
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245893
qrcode
Visitor count : 2245894 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24