tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pesta Buku Selangor 2017 kesinambungan FESBUK

 

SHAH ALAM, 1 APR: Kehadiran hampir tiga juta pengunjung sejak Pesta Buku Selangor dianjurkan selama 12 edisi membuktikan industri buku dan penulisan masih

mendapat sokongan ramai, bahkan ia akan diteruskan, pada masa hadapan.

 

Exco Pendidikan,Pembangunan Modal Insan,Sains dan Teknologi serta Inovasi,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penganjuran itu akan memberikan kesan positif kepada

industri buku untuk jangka masa panjang.


 
“Kami melihat penganjuran ini bermatlamat untuk mengaktifkan industri penerbitan buku dan penulisan karya baru serta penyelidikan.

 

Nik Nazmi“Ia juga bagi merealisasikan usaha Kerajaan Negeri bagi melahirkan lebih ramai golongan ilmuan, intelek serta menyediakan suatu landasan yang dilaksanakan

secara besar-besaran sebagai usaha pembudayaan ilmu serta membaca kepada masyarakat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

 

Katanya, pesta buku itu kesinambungan Program Festival Buku dan Kanak-Kanak (FESBUK) yang dilaksanakan di SACC Mall, pada 3 hingga 5 Februari lalu.

 

“Sebagai makluman FESBUK dilaksanakan tiga tahun berturut dengan sambutan yang semakin meningkat walaupun hanya berlangsung selama tiga hari sahaja.

 

“Jumlah pengunjung yang direkodkan pada 2015 adalah 19,996 dan 30,000 (2016) sementara peningkatan 32,315 bagi tahun ini,” katanya.

 


Kemaskini pada 2017-04-05 09:42:37 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini349
Minggu IniMinggu Ini2422
Bulan LepasBulan Lepas22591
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2255730
qrcode
Visitor count : 2255731 Tarikh Kemaskini : 08 - 05 - 24