tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MB iringi pantun, rai sembah takzim pertabalan Agong

image


SHAH ALAM, 24 APR : Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merafak sembah takzim ke atas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang

Dipertuan Agong ke 15, pagi ini.

 

Menulis di Twitter, penghargaan itu dinyatakan Mohamed Azmin menerusi serangkap pantun ke atas junjungan duli Tuanku.

 

“Tinggi sungguh Gunung Daik,
Turun dari Mahawangsa,
Gembira betul hati patik,
Tuanku di takhta payungi bangsa,” tulisnya.

 

Mohamed Azmin bersama isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin hadir di Istiadat Pertabalan ke bawah DYMM Agong di Balairong Seri, pagi ini.

 

Terdahulu, Sultan Muhammad V,47sebelum ini melafaz sumpah sebagai Agong bermula 13 Disember lalu bagi menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul

Halim Mu”adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh itu.

 

Istiadat Pertabalan di Istana  Negara  mengikut  warisan  Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia

mempunyai ketua negara baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

 

Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah

satu-satu yang seumpamanya di dunia.

 

Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu,Yang

Dipertuan Negeri dan pemimpin.

 

Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu kehormat daripada ketua diplomat asing dan ketua jabatan kerajaan.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-04-26 10:11:29 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini34
Minggu IniMinggu Ini4870
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248247
qrcode
Visitor count : 2248248 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24