tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Made In Selangor buka peluang usahawan luas pasaran

image


 DAMANSARA, 23 APRIL :  Made In Selangor anjuran HIJRAH Selangor membuka peluang 40 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

memasarkan produk tempatan secara meluas.

 

Pengasas Callaliry Accessories,Nadira Mohamad 26,berkata program itu membantu beliau yang baru setahun dalam  industri  perniagaan  

mengembangkan perniagaan aksesori buatnya sendiri.


 
“ Membuka  booth di dalam antara salah satu pusat membeli belah ternama menjadi peluang besar buat kami usahawan kecil untuk lebih

dikenali disamping dapat menaikkan jenama kami.

 

“Ini juga merupakan pertama kali saya sertai program anjuran Kerajaan Negeri,diharap program ini diteruskan ke masa akan datang,”

katanya kepada SelangorKini.

 

Manakala Pengasas Spluge Bag, Farhana Shahirah Onn, 27, berkata beliau sangat teruja wujudnya program Made In Selangor yang

membantu usahawan IKS menembusi Pusat BeliBelah One Utama.

 

Program ini sangat bagus untuk usahawan muda seperti saya yang baru melangkah ke alam perniagaan dengan platform diberi Kerajaan

Negeri amat menggalakkan.

 

“Saya gembira dan teruja diberi peluang seperti ini disamping turut memberi sokongan pada kami adalah Raja Muda Selangor sendiri,” katanya.

 

Sementara itu, pengunjung, Cindy Lai, 43 berkata, beliau tidak tahu sebelum ini wujud pelbagai produk buatan tangan tempatan yang unik,

kretif dan sedap.

 

“Barangan yang dijual juga jauh lebih murah berbanding pasar raya.

 

“Semestinya saya mencari dan membeli dari mereka lagi,” katanya yang baru selesai membeli produk makanan dari salah sebuah booth di Made

In Selangor.

 

Pengunjung, Noriza Sulaiman, 41 berkata, medium itu bagus membantu mengetengahkan produk tempatan di pasaran lebih besar.

 

“Sebenarnya produk tempatan lebih bagus dari produk import. Barangan mereka sebenarnya lebih berkualiti berbanding barangan luar yang jauh

lebih mahal.

 

“Jadi saya menyokong inisiatif Kerajaan Negeri ini dan berharap ia berterusan membantu peniaga tempatan kita dan secara tidak langsung membantu

perkembangan ekonomi itu sendiri,” katanya

 

Sumber : https://selangorkini.my 


Kemaskini pada 2017-04-26 10:14:25 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini565
Minggu IniMinggu Ini3651
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247216
qrcode
Visitor count : 2247217 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24