tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

PKNS FC mahu bawa pulang Piala Sultan Selangor

 

 

image


 

 SHAH ALAM , 3 MEI : PKNS FC meletakkan sasaran untuk membawa pulang Piala Sultan Selangor dalam pertemuan menentang Pilihan Singapura , di Stadium Nasional,

 Singapura pada Sabtu ini.

 

 Jurulatihnya, E Elavarasan berkata pemilihan PKNS FC untuk mewakili Selangor merupakan satu penghormatan yang besar dan pasukannya akan beraksi sebaik mungkin

 bagi merealisasikan hasrat itu.


 “Kita membawa nama Selangor dan pastinya Pilihan Singapura merupakan satu skuad yang mantap dengan gabungan pemain tempatan serta import.

 

 “Tidak banyak perubahan daripada pasukan kita namun PKNS FC akan memberikan persembahan terbaik untuk edisi ke-16,” katanya kepada SelangorKini.

 

 Jelasnya,PKNS FC sedia menurunkan kesebelasan utama terbaik seperti sebelumnya disamping pengalaman beraksi menentang Lions  XII dalam aksi liga sebelum ini

akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

 

 Beliau turut berharap pemainnya bebas daripada kecederaan kerana PKNS FC dijadualkan bertemu Kedah pada 9 Mei dalam aksi pertama pusingan kedua Liga Super.

 

 “Kedua-dua perlawanan penting bagi kami tetapi kita fokus menentang Pilihan Singapura terlebih dahulu.

 

 “Dalam bola sepak sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kalau kita beraksi dengan baik, tidak mustahil keputusan positif kita mampu capai,” katanya.

 

 Kejohanan Piala Sultan Selangor2017 turut menyaksikan pertembungan antara veteran Selangor bertemu veteran Singapura selain pertandingan Piala Kejohanan Sekolah

 Selangor dan Singapura yang bakal disertai pelajar di bawah umur 16 tahun.

 

 Penganjuran edisi ke - 16 kali ini menyaksikan penajaan berjumlah RM1.06 juta daripada 14 syarikat dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  (PKNS) tampil sebagai

 penaja utama menerusi tajaan berjumlah RM200,000.

 

 Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-05-09 09:38:51 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini475
Minggu IniMinggu Ini4464
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247912
qrcode
Visitor count : 2247913 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24