tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Hampir 4,000 pembayar cukai culas diburu

 

image


 

SHAH ALAM, 8 MEI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) giat menjejak 3,838 pembayar cukai culas di seluruh negara dengan tunggakan keseluruhan RM326

juta.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Sabin Samitah berkata, buruan secara besar-besaran itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan

masyarakat mengenai tanggungjawab melunaskan cukai.


Katanya, usaha bersepadu berkenaan akan dibuat menerusi Ops Kutip 2017 membabitkan 592 petugas.

 

“Petugas Ops Kutip 2017 akan bergerak secara serentak dari 13 pusat pelepasan seluruh negara.

 

image

 

 Temuramah bersama Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang baharu, Datuk Sabin Samitah di Ibupejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cyberjaya. 

 

“Mereka akan menjejak pembayar cukai ingkar ini bermula hari ini sehingga esok,” katanya dipetik Berita Harian Online.

 

 Beliau dilapor berkata demikian pada ucaptama perasmian Kunjungan Mesra Hasil Peringkat Nasional, di Kota Kinabalu, Sabah.

 

 Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN,Datuk Noor Azian Abd Hamid berkata 1,402 daripada pembayar cukai tertunggak itu terdiri dalam kalangan syarikat

 beroperasi di Malaysia.

 

Katanya, LHDN optimis 90 peratus atau RM293.6 juta daripada RM326 juta mampu diperoleh menjelang akhir tahun ini.

 

Pada masa sama, tiada bayaran tunai akan dikutip daripada pembayar cukai menerusi Ops Kutip 2017 bagi mengelak kes penipuan menyamar sebagai pegawai LHDN.

 

“Setiap petugas akan memakai ‘vest’ dan menunjukkan pengenalan diri LHDN sebelum menyerahkan notis tuntutan kepada individu berkaitan.

 

“Pembayaran menerusi operasi ini hanya boleh dibuat menerusi draf bank atau cek kepada pegawai dilantik LHDN,” katanya.

 

 

Sumber : https://selangorkini.my

 

 


Kemaskini pada 2017-05-09 10:15:59 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini262
Minggu IniMinggu Ini5327
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243374
qrcode
Visitor count : 2243375 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24