tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Indonesia jamin tiada jerebu tahun ini


image


 

SHAH ALAM, 19 MEI: Indonesia sudah mengeluarkan jaminan bahawa masalah jerebu rentas sempadan tidak akan berlaku tahun ini, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata , beliau juga optimis dengan jaminan terbabit berdasarkan pengalaman menghadapi jerebu negara jiran berkenaan , tahun lalu.


Katanya, kejadian jerebu berlaku pada tahap yang amat minimum pada 2016 jika dibandingkan dengan kejadian jerebu, pada tahun sebelumnya.

 

Shah Alam jerebu“Ia hasil daripada usaha yang digerakkan secara bersama antara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand.

 

“Berlandaskan pengalaman mereka pada tahun itu, Indonesia beri jaminan kepada kita bahawa tiada jerebu untuk tahun ini.

 

“Saya terima jaminan itu selepas banyak pendekatan dan usahasama dibuat bagi menangani kejadian jerebu rentas sempadan,” katanya dipetik Astro Awani.

 

Beliau dilapor berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu Sub-rantau Peringkat Menteri mengenai Pencemaran

Jerebu Rentas Sempadan, semalam.

 

Wan Junaidi berkata, Pusat Meterologi ASEAN (ASMC) juga meramalkan cuaca kering bermula Jun hingga Oktober ini akan terus dipantau.

 

“Pemantauan itu bagi mengelak sebarang kebakaran daripada berlaku terutamanya di kawasan titik panas.

 

“Malaysia sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Indonesia memerlukan bantuan kecemasan bagi mengelak jerebu berulang,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-05-22 11:08:28 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini624
Minggu IniMinggu Ini4747
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242885
qrcode
Visitor count : 2242886 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24