tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

UNISEL proaktif sediakan graduan hadapi revolusi industri 4.0

image


 

SHAH ALAM, 7 OKT: Selaras saranan Dato’ Menteri Besar, Universiti Selangor (UNISEL) di bawah kepimpinan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mula mengorak langkah bagi menyediakan graduan yang mampu mengharungi cabaran revolusi industri 4.0.

 

Dekan Pusat Pembangunan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, UNISEL menggariskan enam langkah bagi menyediakan graduan lebih bersedia secara holistik bagi mendepani revolusi ini.


“Pertama, penggabungan fakulti bagi mewujudkan program akademi lebih berdaya saing dan inklusif dan kedua mewujudkan pusat kecemerlangan (CoE) yang mempunyai pelbagai institut dan bidang dengan pakar ternama.

 

“UNISEL turut menyelaraskan silibus untuk meningkatkan lagi daya saing, menubuhkan latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dan memperkasakan geran-geran penyelidikan berpaksi industri 4.0,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

 

image

 

Jelasnya, UNISEL turut mengambil langkah memperkasakan mata pelajaran berpaksi ‘internet of things’ dan menggabungkan dengan keperluan industri dan manusia.

 

Katanya, UNISEL juga melakukan transformasi mata pelajaran wajib bagi melahirkan tenaga kerja berasaskan holistik yang bersedia dalam industri dan kemanusiaan dengan mengurangkan fokus kepada peperiksaan.

 

image

 

Penekanan seperti saranan Dato’ Menteri Besar, industri 4.0 sangat mencabar. Dalam bersedia ke arah industri ini, perlu pemberdayaan manusia yang seimbang termasuk insaniah dan akhlak.

 

“Persedian bukan fizikal semata-mata di mana inilah hasrat Kerajaan Negeri iaitu transformasi UNISEL yang sebenar,” katanya.

 

  Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-10-10 10:46:56 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini69
Minggu IniMinggu Ini2707
Bulan LepasBulan Lepas22591
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2251261
qrcode
Visitor count : 2251262 Tarikh Kemaskini : 02 - 05 - 24