tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tengku Amir rasmi Smart Selangor Pavilion

image


 

SHAH ALAM, 17 NOV: DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Smart Selangor Pavilion di Smart City Expo World Congress, di

Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

 

Baginda memuji usaha Selangor beraksi di pentas antarabangsa bagi mendekati dan berkongsi idea serta pengalaman dengan masyarakat global.

 
Katanya, ia selaras status Selangor sebagai negeri termaju dengan penduduk paling ramai, di negara ini.

 

“Selangor perlu meningkatkan daya saing untuk terus kekal menjadi negeri paling hadapan, di Malaysia.

 

“Menerusi pameran ini,amalan,pengalaman dan model terbaik boleh diadaptasi serta dibawa balik untuk dijayakan dalam usaha meningkatkan gaya

hidup rakyat Selangor,” katanya lapor The Star.

 

Baginda diiringi Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim dan

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) merangkap Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Raja Shahreen Raja Othman.

 

Smart Selangor dalam satu kenyataan turut berbesar hati dengan kesudian baginda merasmikan Smart Selangor Pavilion.

 

“Terdapat aliran pelawat berterusan dan mereka diperkenalkan dengan Smart Selangor,kemajuan serta perkembangannya juga projek yang dijayakan rakan

kongsi pavilion kami.

 

“Pada hari pertama juga,Timbalan Pengarah SSDU,Dr Fahmi Ngah turut berkesempatan mengadakan ceramah bertajuk ‘Ke Arah Negara Pintar : Pencapaian

Sehingga Kini’ kepada pihak berminat,” katanya.

 

Rakan kongsi pavilion Smart Selangor adalah Invest Selangor Berhad, Central Spectrum Sdn Bhd,  Telekom Malaysia, Selangor Information Technology and

E-Commerce Council (SITEC), Setia Haruman Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

 

Lebih 17,000 pelawat profesional dijangka menghadiri kongres itu, dengan lebih 600 peserta pameran, bersama wakil peringkat tinggi dari lebih 650 bandar

raya dan lebih 400 pakar.

 

Kongres berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 November ini.

 


Kemaskini pada 2017-11-21 16:06:23 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini2
Minggu IniMinggu Ini3572
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2230720
qrcode
Visitor count : 2230721 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24