tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Gemilang Selangor 2017

 

image


 

Belanjawan Selangor

 

– Pembentangan Belanjawan Negeri dengan jumlah peruntukan RM3.12 bilion dan defisit RM870 juta.


– Mengangkat tema Membangun Bangsa, Memakmur Negeri, sejumlah RM1.66 bilion diperuntukkan untuk tujuan pembangunan dan baki RM1.46 bilion untuk

    pengurusan.

 

– Peratusan peruntukan naik satu peratus kepada RM1.66 bilion yang mensasarkan kebajikan seluruh negeri.

 

– Bersifat komprehensif kepada semua rakyat, kakitangan Kerajaan Negeri turut menerima bantuan kewangan tiga bulan gaji.

 

Jambatan Ketiga Klang

 

image

 

– Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan Jambatan Ketiga Klang menerusi peruntukan bernilai RM199 juta.

 

– Projek itu diteruskan pentadbiran Selangor selepas Kerajaan Pusat gagal melaksanakan pembangunan projek berkenaan.

 

– Jambatan sepanjang 2.5 kilometer bermula dari persimpangan Sungai Udang dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Huck Huat dibina bagi mengurangkan

   kesesakan lalu lintas.

 

Penjenamaan logo baru Smart Selangor

 

– Smart Selangor tampil dengan imej baru dengan memberi tumpuan kepada konsep sinergi dan perhubungan dalam usaha membangunkan Selangor sebagai

   negeri pintar, menjelang 2025. Pemilihan konsep itu selaras hasrat pentadbiran negeri yang konsisten membangunkan agenda Smart Selangor demi manfaat

   masyarakat seluruh negeri.

 

KDEB ambil alih pengurusan sampah domestik PBT

 

image

 

– KDEB Waste Management Sdn Bhd KDEBWM)melebaar jaringan pengurusan sampah domestik di Majlis Perbandaran Klang(MPK),Majlis Perbandaran Ampang

    Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang.

 

– Sejak pengambialihan dibuat, pengurusan sampah negeri lebih efisyen dan mampu menyelesaikan 1100 aduan sisa pepejal.

 

– Aplikasi ICelan Selangor turut diperkenalkan bagi memudahkan proses pengurusan dan aduan kutipan sampah.

 

Belangsungkawa

 

– Awal Januari lalu,Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar,Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri

    di kediamannya.

 

– Pemergian bonda,Dato’Menteri Besar,Dato’Seri Mohamed Azmin Ali,Che Tom Yahaya kerana serangan angin ahmar.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan

   Islam Kampung Klang Gate, pada 18 Februari lalu.

 

– Kemangkatan adinda kepada Sultan Selangor,  Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat di Hospital Tengku Ampuan

   Rahimah (HTAR) Klang, 8 Jun lalu.

 

– Pada 25 Julai lalu, ibu mertua kepada Dato’ Menteri Besar, Siti Rahmah Ismail disahkan meninggal dunia.

 

– Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar, 72, meninggal dunia akibat penyakit barah hati, pada Disember lalu.

 

Pelaburan IKEA, Jepun

 

– IKEA bersetuju melabur RM1 bilion bagi membina pusat pengedaran produknya untuk rantau Asia Pasifik, di Pulau Indah, Selangor.

 

– IKEA Pulau Indah dikatakan bakal menjadi pusat pengedaran produk IKEA ketiga terbesar di dunia selepas IKEA Chicago, \Amerika Syarikat dan IKEA Dusseldorf,

   Jerman.

 

– Selain itu, pelaburan baru dari Jepun sebanyak RM1.2 bilion turut memilih Selangor yang meliputi aspek pembangunan berteknologi tinggi.

 

– Ia bakal membuka peluang ekonomi lebih baik kepada golongan belia di Selangor.

 

Lawatan delegasi Selangor ke luar negara

 

image

 

– Perbelanjaan berjumlah RM696,969.74 diperuntukkan Kerajaan Negeri membabitkan lawatan ke tujuh negara bagi rangka kerja promosi pelaburan negeri.

 

– Jumlah berkenaan dilapor masih rendah berbanding ketika pentadbiran Kerajaan Umno Barisan Nasional sebelum ini iaitu RM1 juta.

 

– Delegasi Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Kerajaan Negeri dan wakil pelaburan negeri mengadakan lawatan ke

   luar negara di Jerman, Belgium, Sepanyol, China, Taipei, Taiwan dan India.

 

– Lawatan berkenaan dibuat bagi meninjau prospek pelaburan dari luar negara ke Selangor bermula awal Januari hingga Mei lalu.

 

Smart Sewa Selangor

 

image

– Skim Smart Sewa dilaksanakan atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesukaran rakyat mendapatkan bantuan pembiayaan peribadi daripada bank.

 

– Fokusnya tertumpu kepada dua matlamat utama memastikan individu berkelayakan mendapat akses kepada pembelian rumah selepas tempoh kadar

   sewa tamat.

 

Smart Desa Selangor

 

– Smart Desa Selangor diperkenalkan bagi memberdaya masyarakat luar bandar untuk terus berada dalam arus perdana pembangunan serta menikmati

    kemudahan dan mutu kehidupan setara kehidupan moden masyarakat bandar

 

– Ia dilaksanakan menerusi Pelan Halatuju Strategik Desa Selangor 2035 iaitu dokumen perancangan spatial berhubung perancangan dan cadangan

    pembangunan desa.

 

– Ia merangkumi aspek fizikal, ekonomi, sosial dan persekitaran yang menjadi asas perancangan dan kluster pembangunan strategik demi mempertingkatkan

    potensi kemajuan desa.

 

Pengukuhan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

 

– Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor mulai Mac 2008, satu agenda besar dirangka dan dilaksanakan segera. Keseluruhan agenda itu dirangkumkan

     sebagai “Hasil Negeri untuk Rakyat”.

 

– Kekayaan hasil Selangor disalurkan kepada rakyat melalui program Inisiatif Peduli Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor.

 

– Dimulakan dengan tujuh agenda kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.

 

– Hasilnya bagi tempoh 2017, pengenalan Kad Peduli Sihat dilancarkan kepada golongan sasar bagi meningkatkan jaringan akses kesihatan masyarakat.

 

– Selain itu,penjemaan Bas Smart Selangor turut diperlebar apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai negeri paling banyak

    menyediakan perkhidmatan bas percumaa kepada rakyat sebanyak 100 bas percuma.

 

Kecemerlangan atlet Selangor

image

 

– Kejayaan kotinjen Malaysia dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 lalu meraih 111 kutipan emas turut disumbang atlet kelahiran Selangor.

 

– Kecemerlangan negara dalam temasya sukan itu menyaksikan seramai 142 atlet Selangor menyumbang 74 pingat menerusi 41 acara sukan dipertandingkan.

 

– Pencapaian gemilang atlet Selangor adalah hasil program pembangunan sukan Kerajaan Negeri berteraskan konsep 2I iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’ bagi

    mencungkil bakat baharu bermula dari peringkat persekolahan lagi.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-01-04 12:43:50 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini192
Minggu IniMinggu Ini5028
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248350
qrcode
Visitor count : 2248351 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24