tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Raih kutipan hasil RM10,000 sehari

image


 

BESTARI JAYA,  31 DIS : Walaupun baru memulakan operasi sekitar lima bulan lalu, pusat pertanian Selangor Fruit Valley sudah mampu menjana pendapatan

maksimum hasil produktiviti pertanian kawasan itu.

 

Pegawai Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS),Reena Zuliana Abdul Rashid berkata,perolehan keuntungan

RM10,000 sehari mampu diraih pusat pertanian itu.


 
“Kutipan harian ini dijangka akan lebih bertambah selepas mengambil kira kepelbagaian dan keunikan yang ada di Selangor Fruit Valley.

 

“Sasaran kami, ia bukan sekadar premis pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan, tetapi boleh dikomersialkan sebagai destinasi agro pelancongan baru

di Selangor.

 

“Komitmen ini sepenuhnya disokong pentadbiran Dato’Menteri Besar,Dato’Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini turun padang di sini dan melihat potensi Selangor

Fruit Valley,” katanya kepada SelangorKini.

 

Di Selangor Fruit Valley, orang awam boleh melihat sendiri pelbagai produk pertanian tempatan dan membeli dengan harga berpatutan.

 

Menariknya, kemudahan pengangkutan ‘train’ juga disediakan untuk lawatan ke ladang buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

 

Bayaran masuk untuk lawatan menaiki train adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

 

Selangor Fruit Valley mula dibuka Julai 2017 lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti perladangan dan pertanian.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-01-04 14:16:16 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini102
Minggu IniMinggu Ini5167
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243243
qrcode
Visitor count : 2243244 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24