tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Smart Selangor: SIRIM sedia jalin kerjasama teroka teknologi baru

image



SHAH ALAM, 13 FEB: SIRIM Technology Venture bersedia menawarkan perkhidmatan dan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri meneroka teknologi baru untuk diaplikasi dalam pembangunan negeri.

 

Ketua Pegawai Operasinya,  Ajmain Kassim berkata,  pihaknya menyokong usaha Selangor menerusi gagasan Smart State yang bakal direalisasi,  menjelang 2025.


“Selangor mempunyai banyak peluang untuk bekerjasama  dalam  pelbagai  bidang antaranya teknologi hijau dan waste management,  justeru tiada masalah untuk kita bekerjasama,”katanya

kepada SelangorKini.

 

Mengulas lanjut, Ajmain menyifatkan inisiatif dilaksanakan itu adalah agenda positif, sekali gus akan memberi inovasi baru kepada rakyat.

 

“Seperti dalam forum ini, kita berbicara berkenaan revolusi industri 4.0, dunia digitalisasi dan pelbagai lagi perkara yang diperlukan negeri.

 

“Justeru,bagi pihak SIRIM,kita boleh bekerjasama memberi perkhidmatan kepada Selangor dan kami berharap akan lebih banyak peluang juga ruang dalam kerjasama itu nanti,” katanya.

 

Sebelum ini,  SIRIM menandatangani tujuh memorandum persefahaman  (MoU)  dengan pelbagai pihak termasuk institusi  pengajian  tinggi dan syarikat swasta  untuk  membolehkan kerjasama

dalam bidang teknologi dan pengkomersialan.

 

SIRIM Tech. Venture Sdn. Bhd. turut menandatangani MoU dengan lima syarikat iaitu Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, Strategic Euro Resource Sdn. Bhd, Safari Tech PLT, Longe

 

Medikal Sdn. Bhd. dan Best Impulse Sdn. Bhd bagi  membantu mengkomersialkan teknologi yang dibangunkan di SIRIM seperti BioNG,Tangki LPG,Multistage Biogas  System dan peranti

perubatan.

 

Terdahulu, Ajmain antara panel yang menyertai forum Selangor Synergies 2: Emerging Technology in Selangor yang diadakan di Hotel Saujana, di sini.

 

Selain itu, panel lain turut terdiri daripada Profesor Kejuruteraan Kimia Universiti UCSI, Prof Datuk Dr Ahmad Ibrahim dan Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit,Dr Fahmi Ngah serta

rakan pengurusan Mohd Ridza & Co, Mohamed Ridza Abdullah.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IBR Asia, Dato’ Beatrice Nirmala selaku moderator.

 

Selangor Synergies 2: Emerging Technologies in Selangor membincangkan teknologi baru yang bakal dicipta bagi meningkatkan daya tarikan Selangor sebagai hab pelaburan.

 

Sumber : https://selangorkini.my

 


Kemaskini pada 2018-02-15 11:24:23 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini445
Minggu IniMinggu Ini4015
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231071
qrcode
Visitor count : 2231072 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24