Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Daftar
Daftar
 

Berita 2015

PWB anjur Mini Karnival Herba

Dec 29, 2015 - SHAH ALAM, 27 DIS: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor menganjurkan Mini Karnival Herba bagi mengetengahkan produk herba dan semula untuk penjagaan kesihatan. Menurut laman facebook PWB Selangor, karnival itu diadakan dengan kerjasama DUN Sungai Panjang di Balai JKKK PArit 13, Sungai Panjang pada 24 Disember lalu. Ia adalah salah satu inisiatif PWB menggalakkan orang ramai khususnya wanita menggunakan produk herba dan semula jadi sebagai salah satu produk penjagaan kesihatan. Turut diadakan ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1174

Guna burung pungguk tangani tikus

Dec 29, 2015 - SHAH ALAM, 26 DIS: Kerajaan Negeri akan menggunapakai burung pungguk bagi menangani masalah tikus di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekiranya ia efektif. Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri tiada sebarang masalah untuk laksanakan kaedah tu. Katanya, namun pihaknya perlu melihat dan mengkaji keberkesanan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika ini terlebih dahulu. “Tiada ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1173

Buat permohonan miliki kediaman dengan LPHS

Dec 29, 2015 - SHAH ALAM 25 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyarankan orang ramai yang berpendapatan rendah dan berhasrat untuk memiliki kediaman di negeri itu supaya membuat permohonan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifah, berkata langkah itu bertujuan memudahkan pihaknya menyediakan lebih banyak rumah mampu milik sekali gus membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1172

MBPJ serbu carwash dan rumah urut tanpa lesen

Dec 29, 2015 - PETALING JAYA, 24 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan operasi serbuan ke premis pusat mencuci dan mengilat kenderaan serta rumah urut yang beroperasi tanpa lesen di kawasan seliaannya. Dalam operasi pusat mencuci dan mengilat kenderaan pada 9 Disember lalu, enam premis disita ke atas pemilik dibawah 38(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Trend Perniagaan dan Perindustrian (MBPJ) 2007. Operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1171

Pengharaman Vape: JAIS tunggu keputusan Fatwa Selangor

Dec 29, 2015 - BANTING, 23 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunggu keputusan Majlis Fatwa Negeri Selangor sebelum melaksanakan sebarang undang-undang dan tindakan terhadap penggunaan rokok elektronik atau vape. Pengarahnya, Datuk Haris Kasim berkata, JAIS bersedia melaksanakan peraturan berkenaan mengikut enakmen pentadbiran sedia ada. “Kita (JAIS) hanya mengikut perintah. Kalau difatwakan haram, maka kita akan kuatkuasakan (peraturan) sebab dalam enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, sesiapa ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1170

Kerjasama masyarakat atasi sampah haram semakin positif

Dec 22, 2015 - KLANG, 22 DIS: Kerjasama masyarakat setempat dalam mengatasi isu pembuangan sampah haram menunjukkan perkembangan positif sejak kebelakangan ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Datuk Mohammad Yasid Bidin, berkata hasil maklumat orang ramai isu berkenaan di beberapa lokasi tumpuan kini berjaya diatasi. Beliau berkata selain kerjasama masyarakat, MPK turut meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan risikan dalam menangani masalah yang memberi ancaman kepada kebersihan dan kesejahteraan ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1169

Rumah Selangorku di Bangi, RMM pertama di Malaysia

Dec 22, 2015 - SHAH ALAM, 21 DIS: Projek perumahan pertama di negara ini yang berkonsepkan kediaman selesa pada harga berpatutan dengan menggunakan terminologi ‘rumah mampu milik (RMM)’ dibina di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata projek perumahan Rumah Selangorku yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu dilancarkan pada Jun 2011. “Ini membuktikan Selangor sentiasa selangkah ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1168

Selangor Agrofest: Landasan usahawan tani promosi produk

Dec 22, 2015 - SHAH ALAM, 20 DIS : Selangor Agrofest 2015 menjadi landasan usahawan sektor pertanian mempromosikan produk sama ada di darat mahupun laut merangkumi industri asas tani (IAT). Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata ia juga bertujuan mendidik usahawan kecil mencontohi syarikat yang berjaya memasarkan produk secara global. “Bagi mereka yang menggemari pertanian, terdapat ruang pameran jabatan dan agensi berkaitan untuk ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1167

MAIS: Tangkap khalwat ikut SOP, bukan main terjah

Dec 22, 2015 - SHAH ALAM, 19 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan proses siasatan dibawah undang-undang syariah bagi kesalahan khalwat dijalankan mengikut prosedur dan bukan intipan, bahkan tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak. Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, semalam. “Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama adalah hasil dari aduan orang ramai. “Proses ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1166

Wifi Selangorku kurangkan kos perbelanjaan internet

Dec 22, 2015 - PETALING JAYA, 18 DIS: Perkhidmatan Wifi Selangorku memberi manfaat kepada orang ramai selain mengurangkan kos perbelanjaan perkhidmatan internet. Ia juga sebagai salah satu inisiatif untuk rakyat mendapatkan informasi serta sumber ilmu dalam melahirkan masyarakat berpendidikan selari dengan perkembangan teknologi tinggi. Peniaga, Rohaya Sakari, 31, berkata dengan kemudahan internet percuma itu akan dapat mendedahkan masyarakat kepada persekitaran luar walaupun di tempat yang jauh. “Wifi ...
Tags matched : Berita 2015
└http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/1165